Setiap manusia dimuka bumi ini pernah melakukan kesilapan. Semua orang ada jahatnya yang tersendiri. yang membezakan adalah sama ada jahatnya itu banyak atau pon sedikit. tak kurang jugak aku ! yaa.... aku memang jahat . dulu , aku seorang yang agak degil dan suka menyakitkan hati orang lain. tambah tambah hati ibubapa ku. dulu, aku seorang yang "freehair" anda tahu freehair tuh apa ?? bebaskan rambut laa... hihi -,-
tapi aku freehair atas sebab sebab yang tertentu. Aku memulakan persekolahan di sekolah omputih. ala sekolah convent tuh. disekeliling ku adalah pelajar bukan ISLAM ! bukan tadak pelajar melayu ada tu ada tapi hishhh. perangai diorang tuh buatkan aku jadik mencii dan meluat ! dan disebabkan itu jugak la aku keras hati tanak tutup aurat !! bagi aku semua yang pakai tudung tuh bukannya baik sangat pon. harap ja pakai tudung tapi naik moto dengan bukan muhrim . cis !! malu malu dan malu -..-
itu lah aku pada masa dahulu. namun masa telah berlalu dengan cepat . apabila usia ku meningkat dewasa aku mula terfikir bahawa menilai orang tak perlu dari luaran. semuanya berlaku apabila satu hari seorang classmate aku berbangsa Cina dan berjantina lelaki bertanyakan sesuatu kepada ku . "kenapa Islam kena pakai tudung? memang wajib ke? kenapa dalam fb u tak pakai tudung pon? " then aku terdiam . Subhanaallah. apa aku nak cakap . rasa malu aku tak terkira pada mereka. adakah aku termasuk dalam golongan ISLAM hanya pada nama ?? aku tak mahu jadi macam tuh. aku hanya tak pakai tudung sahaja tapi aku tak buat benda benda lain yang bertentangan dengan ISLAM !! -.-"
oleh disebabkan kejadian itu maka dengan izin-NYA telah membuka pintu hati ku setelah sekian lama tertutup untuk menutup aurat ku .kini, aku bagai kan seorang bayi yang baru lahir mengenal erti dunia. aku telah pon menutup aurat. walaupon bukan 100% tapi aku masih mencuba untuk jadik yang terbaik. aku bertudung bukan kerana mengikut arus peredaran fesyen namun aku bertudung kerana DIA. yaa....! DIA yang tak penah putus putus mengampunkan hamba-hambaNYA yang telah banyak melakukan dosa diatas muka bumi.
pada mula nya ada yang menghina ku tentang perubahan ku ini. sehingga kan aku telah kehilangan orang yang aku sayang iaitu boifren. tapi AKU TETAP DENGAN PENDIRIAN KU ini ! semoga aku akan terus menjadi hamba yang lebih baik kepadaNYA. terima kasih ya allah kerana Kau telah memberi ku peluang sebelum aku menutup mata.....................
~ s e k i a n w a r k a h d a r i C i k E p a l H i j a u ~
2 comments:
alhamdulillah..Allah menyedarkan kita sebelum terlambat kan.. kalo MO pun pasti tersentak dengan soalan yang ditanya oleh seorang yang berbangsa cina dan bukan muslim tadi..
terima kasih ya sudi join.. sebarang update terkini akan dimaklumkan di Laman MO..tq
kalau la kata Nadh yang kena. tobat selop la. huu.. betul tu, ISLAM tu cantik, cuma kita yang burukkan dan busukkan nama dia.. kan? apa pn, tahniah, da berubah. n syukur kerama ALLAH buka pintu hati kita untuk satu perubahan. :)
Post a Comment