hari nie cheq sedih sikit. tak ada mood nak berlawak mahu pun ketawa. sebab apa ?? sebab cheq dah kehilangan something yang penting dalam life cheq.
satu ketika dahulu, kehadiran dia dalam family tak senang cheq dibuat nya. selama seminggu dia lahir kedunia cheq tak suka ! cheq tak penah pegi ziarah dia.bila ayah dan ibu cheq ajak cheq mesti akan bagi banyak alasan ada kelas la. tak larat la semata mata tanak ziarah dia. entah la cheq tak tau kenapa cheq tak suka dengan budak tuh. padahal budak tuh tak ada salah apa apa pon dekat cheq. -..-
lepas seminggu dari tuh baru la cheq sudi menjejak kan kaki ke hospital untuk menziarah dia. tapi rasa tak suka pada tuh tak habis di situ saja. cheq pegi ziarah tapi cheq tak sentuh pon dia. dia tengok cheq tapi cheq tak belai dia. cheq biar ja dia terbaring atas tilam tuh. "hishh tak suka nya aku...! " -,-
minggu lepas tu kakak cheq dibenarkan pulang kerumah dengan baby dia tuh. cheq still buat tak taw kat budak tuh. hurm. tiap tiap malam cheq dengar bunyi budak tuh menangis. "hisshhh bising nya. nak tidoq pon tak boleh ! " -,- selepas beberapa hari budak tuh ada di rumah cheq baru la cheq sentuh dan belai budak tuh. tu pon sebab ibu cheq paksa. huh ! -___-
dan sekarang dengan kehadiran dia, rumah cheq bertambah ceria dengan ada nya budak kecik yang berlesung pipit tuh. -,- sangat chumell ! tiap tiap hari dengar dia gelak dan bersembang walaupon sepatah haram cheq tak paham apa dia kata. -,- pagi pagi cheq cubit pipi dia. biar dia nangis. then cheq peluk dan pujuk dia. -..-
tapii.... sejak 2 hari nie budak kecik tuh demam. sakit tekak pulak tuh. kesian nya tengok. budak sekecik tuh yang tak tahu apa apa terpaksa menahan sakit. cheq rasa sayu bila tengok dia menangis bila dia batuk dan menyebabkan dada nya sakit. tiada lagi deraian ketawanya dan suara dia bersembang tiap tiap petang. ^^,, yang dengar suara dia yang seakan akan nak kuar tamau kuar. huhu. kesiaannn...... -__-
yaa.... ! dulu cheq tak suka kau WAWA. benci gilar. tengok muka kau pon cheq tak mau. sungguh kejamnya cheq terhadap kau WAWA !! tapi sekarang . cheq mengaku cheq sayanggggg sangat dekat kau ! tak sabar nak tunggu kau besar dan boleh bercakap sebab cheq nak berperang mulut dengan kau.sekeh pala kau dan sepak kau. HAHA. cepat la kau besar WAWA....!!! ^__^
NUR AZWA SAFRINA a.k.a WAWA. cheq punya 1st anak sedara
----- > 5month . -,-
doakan kan yaa supaya WAWA cepat sembuh dari demam . supaya dia dapat kembali senyum dan pot pet pot pet tanpa henti. ^^, cheq mintak maaf dengan kelakuan cheq terhadap kau dulu. sekarang kau tak boleh nak baca entri nie. tapi nanti bila kau dah besar dan dah boleh kenal ABC, internet, fesbuk nie bagai cheq harap kau akan membaca entri nie. -..-
p/s >> dunt like people call me auntie. huh ! i'm still young oke. =)
~ s e k i a n w a r k a h d a r i C i k E p a l H i j a u ~
2 comments:
comelnye die.. hehe
semoga cepat sembuh ye.. :)
ahah kejam.dekat baby pun bule x suka eh..tgk,kan dah syg kt dia...
semoga dia cepat sembuh... =)
Post a Comment