> CucuTokMat: TIGA wakil PSP cemerlang

TIGA wakil PSP cemerlang

assalammualaikum ollss


POLITEKNIK Seberang Perai (PSP) mencipta sejarah tersendiri apabila menduduki tiga kedudukan teratas dalam acara futsal pada Kejohanan Futsal dan Bola Jaring Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) semalam.
Tampil sebagai tuan rumah, pasukan PSP 'E' muncul juara apabila berjaya menewaskan seteru mereka, PSP 'A' 2-1 pada perlawanan akhir.
Selaku juara, PSP 'E' berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM800 beserta medal dan piala iringan manakala PSP 'A' memenangi hadiah wang tunai RM500 beserta medal.
Pasukan PSP 'C' pula berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM300 beserta medal apabila muncul pemenang tempat ketiga setelah menewaskan pasukan dari Aliance Univeristy College of Medical Sains (AUCMS).
Ketua pasukan PSP 'A', Mohd. Iqbal Shafahim berkata, usaha mereka dengan berlatih selama empat hari dalam seminggu bagi membuat persediaan menyertai kejohanan itu amat berbaloi.
"Kami telah menubuhkan pasukan sejak setahun lalu dan memang kami selalu berlatih untuk mencari keserasian.
"Tetapi untuk kejohanan ini, kami telah gandakan latihan kerana kami tahu pasukan yang menyertai kejohanan ini bukanlah calang-calang pasukan," kata Mohd. Iqbal.
Dalam acara bola jaring, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya muncul juara apabila menewaskan AUCMS 11-3 pada perlawanan akhir, sekali gus membawa hadiah wang tunai RM800 beserta medal dan piala iringan.
AUCSM pula merangkul hadiah wang tunai RM500 beserta medal.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang muncul pemenang tempat ketiga selepas menewaskan Politeknik Balik Pulau 6-1.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSP, Mohd. Fadli Abdul Hamid.
p/s berita dilaporkan oleh wartawan yang tidak bertauliah CIK EPAL HIJAU. :)

~ s e k i a n  w a r k a h  d a r i  C i k  E p a l  H i j a u ~








TERIMA KASIH DAUN KELADI, SUDAH BACA DATANG LA LAGI ! =)

1 comments:

saya bukan tomato said...

asal ceq tadak ? T_T

hihi