> CucuTokMat: hargai dan dihargai (PART 2)

hargai dan dihargai (PART 2)

assalamualaikum korang korang..


klik sinie untuk ke entry sebelumnya --------> ENTRY SEBELUMNYA



KISAH SI GADIS DAN SI IBUBAPA


Di suatu hari yang hening, Si Gadis merasakan sesuatu yang aneh pada dirinya. kepala nya terasa amat berat seperti ada seketul batu di dalam nya. Si Gadis merasakan seperti hendak pitam. Si Gadis mengadu tentang kesakitan yang di alami oleh beliau kepada ibunya yang kebetulan itu menyuruhnya mengemas, memasak dan membasuh segala pakaian yang belum di cuci.


Si Gadis : Buuu...! akak rasa akak tak sihat la hari nie. kepala nie rasa berat semacam je. 
Si Ibu : arrhhh..!! banyak je alasan kau nak bagi kan. asal suruh buat keja sikit je mula la nak sakit la nak pengsan la. macam macam la kau nie. dahh pegi sana buat keja....! (ibu meninggi kan suara)


Lantaran itu Si Gadis melakukan saja seperti mana yang diarahkan oleh ibunya. Si Gadis tidak mahu melawan cakap ibunya kerana dia tidak mahu digelar sebagai anak derhaka kelak.


Kawan Perempuan : Eh...ibu kau tak patut buat kau macam nie. dah kau tak sihat asal yang suruh kau buat keja umah pulak. suruh je la adik adik kau yang laen buat. Ishh.....kalau aku la di tempat kau mahu nye aku melawan je.
Si Gadis : Hey...!! Kau jage sikit erk cakap kau tu...! Dia mak aku taw. dia sayang aku. kau tak de hak nak cakap cam tu kat aku. Kau sape haa...?! dah la aku nak blah....! 
Kawan Perempuan : (tercengang)


Si Gadis amat menyayangi ibunya. Si Gadis menganggap segala herdikan dan kemarahan ibu kepadanya adalah suatu didikan untuknya belajar mengenal dunia dan menjadi seorang 'perempuan' di muka bumi ini. Bagi Si Gadis terlalu besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu terhadapnya jika nak dibandingkan dengan pertolongan sekecil ini yang diminta oleh Si Ibu. Si Gadis menghargai segala jasa dan pengorbanan ibubapa terhadapnya dan dia sedaya upaya untuk membalas segala pengorbanan yang telah dilakukan ibubapanya.


PERHATIAN : bayangi lah wajah kedua orang tua mu andai membaca nukilan ku ini. Hargailah setiap masa bersama mereka.



Ibu
Kamulah segalanya bagiku
Kamulah ratu hatiku
Yang mencegaku sejak
Aku mengenali duniaku ini
Yang mencegahku dari kesalahanku
Yang mendidikku dengan penuh kasih sayangmu
Kamulah lambang cintaku


Janganlah degil, ikut perintah
Itulah kata-katamu Ayah
Kamu berkorban demi anakmu
Kamu bersusah payah demi anakmu
Kamu mencari nafkah yang halal
Semuanya untuk keselesaanku



Ayah
Kamu bagai semut bekerja keras
Kamu bagai lebah mencari madu
Kamu inginkan aku
Bagai rama-rama berterbang kebebasan
Tanpa kesusahan, tanpa kesukaran



Mengetepikan perkara yang nahi
Mengetepikan dunia bermukah
Mengetepikan dunia kebebasan
Pesanan Ibu dan Ayah sentiasa diingati
Tidak terlepas dari ingatanku



Ibu
Ayah 
Aku menghargai segala pengorbananmu
Akan ku balas jasamu yang indah itu
Janji manis ku pada mu



~ s e k i a n  w a r k a h  d a r i  C i k  E p a l  H i j a u ~

TERIMA KASIH DAUN KELADI, SUDAH BACA DATANG LA LAGI ! =)

0 comments: