> CucuTokMat: antara kawan dan sahabat mana lebih penting?

antara kawan dan sahabat mana lebih penting?

assalammualakum olss....


Apa perbezaan sahabat dan kawan
Sahabat adalah teman sehidup semati. 
Yang sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini. 
Sahabat seorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira...
tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya. 
Sahabat juga seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih. 
Nilai seorang sahabat susah untuk dicari. 
Sahabat umpama 1000 orang dari kawan yang kita ada.



Kawan pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. 
Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. 
kawan akan muncul disisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...
tapi bila kita sedih dan terluka... 
kawan datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan....
Oleh itu kita perlu berhati- hati dalam memilih kawan.



bukan semua kawan boleh jadi teman,

bukan semua teman boleh jadi rakan,

bukan semua rakan boleh jadi SAHABAT,

jadi kalau anda punya SAHABAT,

hargailah mereka...



Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan...
jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena le ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita. 
Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan..
kita perlu lah menerima kelebihan dan kekurangan sahabat kita. tak lupa juga perlu lah saling hormat menghormati. itu yang penting dalam masyarakat majmuk....

*credit to Eida Cyunk.

p/s : aku senirik pon lupa gambar nie time bila . sama ada di snap oleh friends aku (Eida) atau aku yang gedik snap senirik..! ngee~~


~  s e k i a n  W a r k a h  d a r i  C i k  E p a L  H i J a u  ~

TERIMA KASIH DAUN KELADI, SUDAH BACA DATANG LA LAGI ! =)

2 comments:

Hasnah Abdullah said...

saya sayang kawan, rakan, teman dan sahabat saya =)

saya sayang juga cik epal hijau walaupun kita tak pernah jumpa ;)

Cahyahana said...

haiiii....same jer,dua2 penting,family lagi penting,uhuhuuuu....folllow u,if sudi follow me to,salam perknalan#_#