assalammualaikum
jam sekarang menunjukkan tepat pukul 1.50 PAGI!!
aduii. kau buat apa la fatyn oi....tengah malam buta mengupdate blog nie.
ahh..apa ku kisah??
aku punya suka la blog aku...HAHA.
eh brutal plax kau nie fatyn...
aku punya suka la blog aku...HAHA.
eh brutal plax kau nie fatyn...
pagi ni aku nak share dengan hampa suma tentang satu benda yang kebanyakkan berlaku pada gadis-gadis...
huh! sangat annoying bila ternampak or terlihat or terdengar seorang jejaka mempermainkan seorang wanita or gadis...!
rasa macam nak tumbuk-tumbuk buat sambal belacan jaa....hahaha.
Pssttt...!
Pssttt...!
* gambar sekadar hiasan (credit to Mr. Google yg Hawt)
wahai kaum adam..! kamu dijadikan adalah untuk mempertahankan dan menglindungi kaum wanita. bukan untuk mempermainkan mereka.
Oke kat sini aku nak bagi beberapa tips untuk hampa khusus nya buat para gadis-gadisan untuk diagnosis lelaki itu seorang lelaki yang terhangat di pasaran atau tidak. Actually aku tak suka sangat guna word playboy. rasa macam brutal terlebih la plak kan. Oke ada setengah adalah daripada pengalaman aku sendiri yang berkawan dengan beberapa orang lelaki terhangat nie untuk mengetahui cara hidup mereka.
10 CIRI LELAKI TERHANGAT DI PASARAN...!
1) masa mula-mula kenal, dia akan menjadi lelaki paling mulus dalam hidup hampa. Apa saja yang hampa mintak akan dia tunaikan walaupun hampa mintak beli jam rolex. malangnya, sifat dia yang so cuwiitt itu hanya akan bertahan selama sebulan sahaja.
2) sentiasa berpakaian kemas dan kelihatan macam orang 'berduit' padahal dalam poket hanya ada rm10 saja! kalau ada banyak pon hanya untuk memikat gadis-gadis saja. lepas dari tu "dinner nie on you boleh tak baby?"
3) tidak akan sampai on time setiap kali pegi date. yela, sebelum nak date kena handle awek-awek yang len dulu. baru boleh date dengan aman nya.
4) selalu bagi alasan kalau dia kantoi. dia akan salah kan orang lain atas kesalahan dia sendiri.
5) mementingkan kekemasan diri. tidak sesekali dia akan berpakaian selekeh tiap kali keluar rumah. yela, mana ada perempuan nak laki selekeh kan??
6) selepas sebulan berkawan, dia berani minta duit untuk dipinjam. Ha... alasan dia selalu menyentuh perasaan wanita. konon nya tayar pancit la gaji tak masuk lagi la. orang kata pijak semut tak mati aih.So jaga-jaga ya jangan mudah percaya kata-kata yang manis.
7) apabila keluar, dia akan selalu belagak macho and akan menegur perempuan lain depan u'olls sebab nak membuktikan konon nya dia tak berlaku curang dengan u'olss.
8) dia jarang bercerita tentang hal family dia apatah lagi dia nak membawa hampa p jumpa mak ayah dia. tapi ada setengah itu ada mengajak jumpa mak ayah tapi jangan terpengaruh ya mungkin itu sekadar ajak-ajak ayam. Mulut kata ya tapi hati kata tidak.
9) lelaki terhangat di pasaran nie selalu nya mempunyai rupa paras yang tampan dan kacak. paling koman pon sedap mata memandang. sebab itu adalah aset depa untuk mencairkan hati mangsa-mangsanya.
10) lelaki yang hawwtt nie pandai bercakap dan peramah. dan juga senang bergaul dengan sesiapa saja. sebab itu ramai yang terpikat. kebanyakkan perempuan gemar lelaki yang petah berbicara sebab lelaki seperti ini lebih menghiburkan berbanding lelaki yang pendiam or pemalu.
Itu saja la yang aku dapat kongsi dengan u'olls suma. hope u'olls buleh menjadi antara scanner- scanner yang terbaik di dunia. hihi. c(:
hari pon dah beransur ke pagi. mata pon dah layu macam katak putu jer.
so lebey baek aku tidor dulu sebelum sekeliling mata ku menjadi seperti "PaNDA".
HAHA.
tata...
titi....
tutu...
4 comments:
singgah jenguk KBU ^_^
follow deq fatyn ye..
slalunya kalo baru kenal ayat manis haha
akuro chan : jemput2. ^_^
CIK GK : besa la. nak mancing kena asah mata kail kasi tajam dlu. x gitu? hihi.
Post a Comment