> CucuTokMat: TIP- TIP MENJADI SAHABAT YANG BAIK ~~ ^_^

TIP- TIP MENJADI SAHABAT YANG BAIK ~~ ^_^

 Memulakan memberi salam apabila bertemu. 
Motivasi: Memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kepada Allah. Allah sangat cinta pada hamba yang tawaduk. 
 Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya.
Motivasi: Kita juga suka orang menyebut nama yang kita senangi sama ada di depan maupun di belakang kita.  Jadi lakukan perkara yang sama pada kawan kita.
ÿ Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya.
Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap orang lain.  
 Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat.  Jika kita sembunyikan bererti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.
Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang ikhlas dalam persahabatan.  Menyampaikan pujian di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita konsisten menunaikan perkara yang baik.  Bukan bertujuan membodek. 
ÿ Tidak menceritakan kejian dan celaan orang terhadap sahabat.  Ini untuk mengelakkan rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.
Motivasi: Allah suka seseorang yang mengelakkan perkara yang menggusarkan hati sahabatnya.   
 Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya.  Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu.
Motivasi: Allah menolong seseorang selagimana dia menolong sesama insan dalam kebaikan.  
ÿ Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri. 
Motivasi: Allah mengasihi seseorang yang mampu mendahulukan keperluan orang lain mengatasi dirinya sendiri.  Allah sebaik-baik pemberi rezeki.  Apa yang kita berikan akan diganti dengan yang lebih baik. 
 Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat.  Elakkan prejudis pada mereka. 
Motivasi: Secara tidak disedari, orang yang suka bersangka buruk pada orang lain telah menghukum di atas perkara yang tidak diketahui dengan jelas.  Allah membantu seseorang yang suka bersangka baik dengan orang lain. 
ÿMemberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya.  Jika melihat kawan kita mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.
Motivasi: Umpama kita tersalah jalan mahu menuju ke suatu tempat.  Kemudian rakan kita menegur kita.  Pastinya kita suka dan berterima kasih kepadanya.  Kita juga suka kalau kesalahan kita tidak diperbesarkan dan ditegur tanpa diketahui orang lain.  Ia menunjukkan maruah kita dihargai. 
 Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita.  Bila melihat dia lakukan kesalahan, tidak ditempelak seperti kata pepatah, ‘memulangkan paku buah keras’.  
Motivasi: ‘Memulangkan paku buah keras’ bererti kita mendendaminya.  Apakah kita ikhlas bersahabat dengannya selama ini?  Allah bersama orang yang ikhlas. 
ÿ Sekiranya dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan tidak kira benar atau tidak. 
Motivasi:  Serahkan sahaja perkara yang tidak diketahui kepada Allah.  Lagi pula, Allah tidak akan bertanya pada kita apakah kawan kita berbohong atau tidak.  Yang pasti, Allah akan tanya kita apakah kita telah memaafkan sahabat yang telah meminta maaf. 


TERIMA KASIH DAUN KELADI, SUDAH BACA DATANG LA LAGI ! =)

0 comments: